Sunday, January 3, 2010
Sunday, December 27, 2009
Jalan-jalan cari pasal...
Nape Batu Pahat eh??aku pun tak berapa sure nape ayah aku pilih Batu Pahat yang boring itu sebagai destinasi cuti kami...haha..penat aku survey2 tempat..tetiba dia kata nak gi Batu Pahat..takpela..ikutkan saje la..ok kami bertolak pada pagi hari sabtu tu..kebetulan hari tu ada kenduri kawen member opis ayah aku kat Segamat..jadi kami pun pergi ke kenduri dulu baru la bertolak ke BP..aku and Umi dengan selamba selenga nye tak menghormati majlis pada hari itu kerana memakai baju casual sebab malas nak salin baju pastu..seb bek sampai awal..tak la ramai mata yang memandang..tu pun ada makcik2 yang memandang sinis ke arah kami..hehe...niaq pi laa..pas jek kenduri aku terus jek drive ke BP..ikut jalan kampung..mengantok gilo masa tu..maklumla malam tu stay up ngan Umi dok bertenet...sampai jek kami di BP..terus jek cari hotel..penuh seh..sooo..ada la satu hotel ni ada kosong...tapi mak aii old fashion gila..takpela asalkan leh tido...Al-kisahnya..petang tu semua penat and sangat la lapar..aku sebagai driver bertauliah bawak la depa ni pi round jalan-jalan cari makan..round punya round..jupe la satu kedai makan nama dia Seroja..nampak dari luar menarik..mengikut pandangan mak aku n si Umi la..konon kan..aku pun turut kan aje la..kang majuk la plak..padahal aku dah ternampak kedai mamak yang lagi menyelerakan..tapi takpe la sebab kan mak aku dok teringin nak makan sate kan..jadi kami pun makan la kat kedai tu..ok menu dia memang meletop nyah..wat aku terliuq ja..so aku pun dengan berlagaknye order la kan..konon tak nak sama ngan orang lain..and ni baru first time aku makan bendalah tu..nama masakan kat situ memang menggiurkan..jadi aku pun pilih la menu tu..nama dia CRISPY MEEHOON CANTONESE (aku translate..Mihun Garing Kantonis)...ececeh..tak sabo ni nak makan..tetiba dari jauh aku dah nampak dah mamat kedai tu bawak menu aku..kagum2..sebab cepat gila service kat situ..tetiba bila sampai jek kat aku semua dok tengok kat makanan aku..pelik gila ok..ade ke patut dia hidang kat aku SOUN...bukannye MEEHOON...kembang gila soun tu sampai aku tak nampak ape bawah soun tu..pelik betul..ada ke kasik aku makan soun..ingat aku bengong gamaknye tak kenal soun ngan meehoon...sabo je la kan..itu satu hal..dah la kuah sate dia sejuk ok..macam baru kuar peti ais pastu terus jek hidang..memang sume menu ari tu tak sedap langsung..aku bukan orang yang cerewet bab makan..tapi semalam sangat frustrated sebab makanan dia masak tak ikhlas (boleh tak aku nak cakap macam tu..haha)...kecewa...
Malam tu kami ronda-ronda BP..takde pape pun..happening lagi Melaka..hehe..best lagik Bangi..haha..abih jek ronda2..kami balik layan cerekarama cerita Nizam Kambing (nape Nizam eh?)...Pagi tu lak..kami terpaksa bertolak balik ke Melaka sebab nak anta adik aku masuk UKM petang tu..jadi ayah pun dengan ramahnya tanya orang kat situ Beriani Gam kat situ mana paling sedap..kononnya nak celebrate Bday mak aku..jadi kami pun terus menuju ke tempat yang disebut2 best la konon kat BP tu..kami sekali lagi berasa kecewa sebab langsung tak sedap..huhu..sedap lagik beriani kat Restoran Anje depan umah aku kat Bangi tu...adeiii..tensi2...ape la nasib kitorang ni..masa dalam perjalanan balik semua dok komplen makan tak sedap..sabo je la..last2 petang tu masa kat Bangi aku bawak depa pi makan kat Pitstop..tempat feberet aku..mak aku kata...haaa macam ni la baru sodap...legaaa....
Friday, December 25, 2009
Khasiat Surah Al-Waqiah

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.
Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:
- Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
- Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
- Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
- Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
- Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
- Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya
- Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
- Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
- Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.
Insya’Allah.....
Tuesday, December 8, 2009
Apa dah jadi ngan aku ni??

Monday, November 30, 2009
Sooo Rude...
Ok..itu bukan topic yang nak dibincangkan..oleh kerana kami terperangkap dalam jam berjam2 lamanya..maka perut aku n Umi jadik lapar..memula kitorang nak singgah kat RnR Seremban…tapi mak aiii ramai gila..jadi kami pun teruskan perjalanan sampai la ke RnR Dengkil..lapar gila masa tu..dah la ramai..pilih punya pilih tempat makan last2 kami amik keputusan nak makan sate kajang kat RnR 2..ramai gila masa tu..jadi aku n umi pun tunggu la kat ada satu meja ni..family..baik gak family tu..dia Nampak kitorang tunggu..cepat2 dia soh family dia makan…ok fine la..so bila derang dah abis..derang pun bangun dengan tujuan nak bagi kami duduk..tetiba datang la satu keluarga A ni tah dari arah mana potong line kami..ok aku leh sabar lagik sebab derang ada baby masa tu..jadi kami relakan jek la..ok pastu kami pun tunggu la kat family B ni..family B ni merangkumi seorang bapa yang agak dalam umur 50 an dan masih sihat dan nampak macam org tua gatai..bini dia..and anak lelaki dia dalam lingkungan umur aku..dia dah abis makan lagi awal dari family yang first aku tunggu tadi..tapi yang aku bengkek tu..depa dah abis makan tapi still dok lepak wat baca paper la..padahal dia tau dah kami dok tunggu kat situ..kalu jap takpe..tapi lama gila..pakcik tu lak siap2 tengok kami lagi..yang aku geram tu sama jek laki bini n anak dia skali macam tu..aku dah hangin dah masa tu..belum sempat aku nak jeling..seb bek la ada satu family ni bangun..so kami pun dok tempat dia (belakang family B tadi)..belum sempat kitorang duduk..family B tadi beria2 lak bangun..ish geram gila aku masa tu..rasa macam aku nak gigit2 telinga dia sampai putus..yang family yang bagi kami duduk tu lak rupa2nya ada kaitan dengan family A yang potong line kami tadi..and family A lak pastu berpindah bergabung sekali dengan family dia dok kat tempat lain dan tempat first tadi jadik kosong..bingai betulla..kalu dah tau tak mo duduk tempat tu..baik bagi kami duduk..ish memang aku geram gila masa tu..dah la lapar..kena lak insiden macam tu..
Kesimpulannya..kepada orang2 Malaysia..esp orang Melayu kita ni..tolong lah berbudi bahasa sikit..mind your manners..tak kira la tua ke muda ke..sebabkan benda2 kecik macam ni kita leh nilai seseorang tu berbudi bahasa atau tak..jadi kawan2..semoga cerita aku ni dijadikan la iktibar la ye..supaya dapat mengingatkan kita untuk menjadi seseorang yang menghormati orang lain dan lebih berbudi bahasa..renung2kan dan selamat beramal…








