Wednesday, April 21, 2010

Doa-Doa Yang Makbul

Doa-doa Yang Makbul:
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.
Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.
Petua Doa Makbul oleh USTAZ ZAHAZAN MOHAMED
Cara-cara Berdoa:
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yangbersungguh-sungguh semasa ia berdoa".
2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dansebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.
4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa,khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekalimemohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.
5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut AsmaulHusna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalahserta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).
selain itu...
1. Berdoa dengan ikhlas kepada Allah .
2. Memulakan dengan pujiankepada Allah , diikuti dengan salawat ke atas Nabi saw. Sekurang-kurangkalimah pujian kepada Allah dan selawat adalah AlhamdulilLah dan wassalatu wassalam ala Rasulillah:
3. Mengakhiri Doa dengan Pujian kepada Allah dan salawat kepada Nabi saw juga.
4. Bersungguh-sungguh ketika berdoa , menghadirkan hati dan meyakinkan diri pada penerimaannya oleh Allah swt .
5. Berdoa dengan khusyu’ dan rendah diri .
6. Berdoa dengan penuh pengharapan dan mengangkat ke dua tangan .
7. Berdoa dengan sabar menanti Dimakbulkan Allah . Sikap terburu-buru mengakibatkan Doa ditolak .
8.Sentiasa berdoa pada setiap masa,samada ketika senang atau susah. Perkara ini berdasarkan firman Allah swt dalam surah al-Anbiya` ayat 60yang bermaksud :
Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saatitu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamuseru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat,kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itusentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah).
9. Tidak berdoa tentang perkara keburukan, seperti mendoakan kecelakaan bagi orang lain danmemutuskan silaturrahim. Nabi saw bersabda yang bermaksud : Doa seseorang hamba akan sentiasa dikabulkan selama dia tidak berdoa untukberbuat dosa atau memutuskan silaturrahim ...( HR Muslim)
10. Tidak berdoa pada tempat maksiat.
11. Merendahkan suara , kerana Allah berfirman dalam surah al-A’raf ayat 205 :Maksudnya: Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, denganmerendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dandengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang danjanganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.
12. Berdoadengan mengulangkan Ya Rabb sebanyak 3 kali . Diriwayatkan daripadaAtha` ra , beliau berkata , tidaklah seseorang hamba mengatakan Ya Rabbsebanyak tiga kali , melainkan Allah akan mendengar permintaannya .Al-Imam Malik pernah ditanya tentang panggilan kepada Allah dalam doa ,jawab beliau katalah : Ya Rabb , kerana itulah panggilan para Nabi askepada Allah dalam munajat mereka .Doa juga perlu selalu diulang-ulang. Baginda selalunya mengulangi satu-satu doa sebanyak tiga kali.
13. Mengadap ke arah kiblat .
14. Mengangkat ke dua belah tangan semasa berdoa.
15. Berdoa dalam keadaan Berwudhuk .
16. Hendaklah bertaubat serta dan kepada Allah sebelum memohon hajat.
17. Tidak bersajak dalam berdoa dengan tujuan diperindahkan bagi orang yang mendengarnya .
18. Menggunakan ayat yang ringkas tapi padat dengan makna ( al-jami’).
19. Menyeru Allah swt dengan nama-namaNya yang mulia iaitu Al-Asmaul Husna .
20.Makanan dan Minuman mestilah dari sumber yang halal , kerana Allah menolak doa oleh orang yang makan dan dibesarkan dari sumber yang haram.
21.Hendaklah melakukan Al-Amru bil Ma’ruf wan Nahyi anil Munkar . SabdaNabi saw yang bermaksud :
“Demi Allah yang jiwaku berada di tanganNya,hendaklah kalian menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah dari perkarayang munkar atau , jika kalian tidak melakukannya Allah akan menurunkansiksa kepada kalian , hingga apabila kalian berdoa kepadaNya , tetapitidak dimakbulkan”.( HR at-Tirmizi, dianggapnya sebagai hasan)
22. Hendaklah berdoa untuk diri sendiri sebelum mendoakan bagi orang yang lain.
23. Menghimpunkan anak-anak jari kesemuanya melainkan jari ibu kerana kesemua itu menghimpunkan kebaikan dunia dan akhirat.
24. Menyapu Muka Dengan tangan Selesai Berdoa .Umar bin Khattab pula menceritakan, apabila baginda mengangkat keduabelah tangannya berdoa, baginda tidak akan menjatuhkannya sehinggalah disapu mukanya dengan kedua belah tangan tersebut.(HR at- Tirmizi dan al-Hakim)
25. Mengaminkan Doa yang dibacakan .

3 pinky twinky:

Missing Cat said...

owh...begitu rupanyer...baru aku tau...kira kalau ko berdoa kat Allah supaya membukakan pintu hati pakcik2 guard tu supaya tidak terus menerus mkn gaji buta tu mesti akan dimakbulkan sbb ko kan org teraniaya...

HuSkY PiNkY said...

hehe..a'ah kan..kesian kat aku..

regreatnosoul said...

thanks sebab sharing..berguna ni untuk semua muslim..
I dah follow you...feel free to follow me back..weee

Popular Posts