Friday, December 30, 2011

Ombak Rindu..


Helllowww!!..haaa mesti majoriti daripada korang dah tengok Ombak Rindu kaaaan..jadi aku yang gadis desa ni pun mengambil lah peluang tengok citer ni..maklum laa banyak feedback yang best-best dari rakan-rakan dan kaum keluarga aku..antaranya..

Perbualan bersama sepupu aku Yong
Mek Za: Yong dah tengok Ombak Rindu ke?
Yong: Dah...best gila..ni la cerita paling best dan sangat sedih abad ni
Mek Za: Seriusssss?..Owh wajibbbb tengok..

Perbualan bersama Yati Mommy
Yati Mommy: Babeee aku dah tengok Ombak Rindu hokeehhhh and you know whattttt..aku nanges selama 2 jammm..sedih gileeeee..dah la aku tengok sorang..siap ada makcik-makcik sebelah aku bagi tissue lagi..sedihhhhh babeee..touching sangaaaat..
Mek Za: Whattttt???? reallyyyyyy...jelessssnyeeee...harussss malam ni gak aku tengok..

Jadi bila dah dengar review macam tu tak ke ko meroyan..menggeletis..mencakar dinding nak tengok citer tu kaaan..walaupun aku sibuk dok menjaga ayah di hospital..aku pun mencari ruang masa free boleh tengok citer tu..jadi malam tu aku, adik aku and sepupu aku che jah pun pergi laaa booking tiket pukul 12.10 pagi yeeee..gigeh tak kami..lepas balik je hospital terus shoot ke Mid Valley pergi tengok Ombak Rindu..

Masa kat entrance tu..guess what??aku jumpa JO hokeeeeh...Jaafar Onn..terus teruja dan tak semena-mena berada terus disisi dia untuk amik gambar..waaaaah giteww..ko mampoo??hahaha

Sila abaikan muka tak semenggah aku tu..maklum laaa seharian kat spital..tudung pun dah rupa bibik dah..yang penting abg JO menteeeeen...

Jadi malam tu pun aku teruja laaa tengok OR mengharapkan aku boleh menangis selama 3 jam (kena up sket dari Yati ) tengok punya tengok instead aku nangis aku dok gelak-gelak plak dalam panggung tu..wehhh apsal aku rasa citer tu lucu??and apsal aku rasa citer ni macam..adoiii tak mampu aku nak luahkan dengan kata-kata..

Rasa-rasanya aksi-aksi macam ni tak payah pun takpe..malu Mak Jemah nak tengok..sori hakak ni kampung skeeet..

Ok..Ok..mesti marah peminat-peminat OR..bukan apa..pelakon tu memang dah mantap dah..semua tu memang aku minat..but lakonan tu..they can do better..aku tak feeeeel..owh abg Aaron I know you can do way more better than hanya aksi ranjang itewww..perlu ke??ok honestly baca buku dia..yeeesss aku leh nangis teresak-esak..but not the movie..sorry uolsss..kalau out of 5 aku kasik 2 je la sebab aku rasa jalan cerita agak bercelaru..but aku still boleh terima buku dia..and if aku baca skali lagi mungkin aku leh menangis..

Well done Fauziah Ashari!!

Tapi semalam bila tengok cerita Tentang Dhia..
airmata jantan mak luruh uolsss..
sob..sob..sob

Macam ni la baru touching uolsss..sukeeee..

Wednesday, December 28, 2011


Pembedahan Jantung Ayah..

Assalamualaikum semua..dua minggu lepas ramai tertanya-tanya kemana mek za menghilang..call tak dapat..missing in action..minta maaf la ye..sebab mek za sangat tak fokus sebab ayah mek za masuk hospital untuk pembedahan jantung..berdebar atu..macam aku lak nak kena bedah..Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun pada mulanya terdapat beberapa komplikasi menyebabkam mek za terpaksa menambahkan cuti lagi seminggu..tapi sekarang ayah dah bertambah pulih cuma tak boleh nak buat kerja-kerja berat je..terima kasih atas doa dan sokongan moral kalian..kat bawah ni ada gambar sebelum dan selepas pembedahan bypass ayah..

Jiran lama kami masa kat Shah Alam pun datang melawat ayah..

Oh my!! ayah had new friends from Sudan..his name is Dheng..hehe..kesian dia tau datang sini tuk kursus kena langgar sampai hilang ingatan sementara..and dia mati-mati ingat kami chinese??tang mana tu?

Ni gambar sebelum..masa ni dia kena berlatih tiup bendalah tu untuk kuatkan lung..

Ni selepas operation masa di CICU..after operation terus dimasukkan kat sini..first day memang ayah tak sedar..ni dah hari ketiga kot..

Mak Teh , Ijat & Nana masa tunggu ayah operation..


Ni lak di CCU..masa ni ayah dah recover sket..tapi still perlukan oksigen and wayar-wayar tu still di badannya..sian kat ayah..huhu

Alhamdulillah yang ni dah ok..but still dalam penjagaan rapi Doktor..

Mentang-mentang ada Secret Recipe kat spital..itu je kejenye..

Bersama Che Jah yang setia menjenguk Pak Anjangnye setiap hari lepas kerja..

This is the latest masa sambut birthday mak..tapi kesian ayah tak leh makan kek..

Alhamdulillah..
Semoga ayah cepat sihat macam sediakala..
I Love You Ayah
Happy Birthday Mak..I Love You Toooo :)

Tuesday, December 27, 2011

Mesyuarat Perancangan Strategik Bahagian Guaman 2012 Di Penang

Amboiii kemain kan tajuk dia..hehe..apa-apapun kami enjoy sangaaaat...ok persidangan kali ni diadakan di Bayview Beach Resort Batu Feringgi Penang..memang masing-masing sangat teruja..sambil-sambil bersidang kami yang group MDK ni pun sama gak la bereunion tanpa Awin..huhuk..sedey..its ok bebeh.. nati ada masa kita wat private geng-geng kita je keh..seperti biasa jejari obes aku nih malas laaa nak menaip bebanyak.sangat penat tawww..jom kita layan gambar-gambar panas kitorang..panas la sangaaat kan..

ewahhh mode percutian sangat..

katil "kami"

Featuring Joyah as my roomie..

Sebelum pape kena amik gambar dulu..indahkan pemandangan kat situ...hehe

Tea time..posing dengan jejaka terhangat Guaman Tuan Nizam..

Wif the girls...tepi pantai..

Malam first we had a casual dinner..this is my Ketua Unit yang sangat sporting..

Wif Hasif and Istisyad..

Bersama Puan Narkunavathi..


Next day..kitorang ada meeting..semua kena dressed up formal attire..

Me & Zul..

Petang tu we had fun having our telematch..best la sangat group kami dapat nombor corot..hahaha

Malam tu kami ada dinner lagi..and semua orang membuat persembahan masing-masing..dan aku tak sangka aku mampu membuat persembahan gila iteww..

Best dress untuk malam tu..Tuan Sam & Susan..

Sesi dengar taklimat

Hari ketiga adalah hari berjungle trekking di Taman Negara Pulau Pinang..ya ampun..aku rasa last aku panjat bukit time skolah dulu..

Memula naik ceria laaa kan..

Masih mampu tersenyum..

wahhh...

ok dah sampai ke check point..penat uolsss..

muka tension kena gigit nyamuk..haha

jom pergi menanam pulak..

Datin KBG merasmikan acara menanam pokok rambutan kowt..

Ceriaaaa!!

Petang tu ada acara bebas...apa lagi..kami memang pantang ada acara bebas ni..

Banana Boat laaa!!

muka suke bebenor dapat naik pisang..

Ana meneruskan perjuangan naik paragliding..kami tak mampu leee..

haaa nampak tak??

Kami hanya mampu berjet skiing..ngahahaha


Malam tu terus gi shopping kat kawasan berdekatan..

Last day...kami ada meeting lagi..and pulang ke Putrajaya

Kami sangat happy

:)

Sekian.

Monday, December 26, 2011

wink ;-)


Published with Blogger-droid v2.0.1

Wooot wooot...

Oh myyyy!! Its been a while..

Gila lama tak hapdet blog..

Banyak sangat cerita nak story kat kowrang..

But first...bagi la mek za bernafas dulu keh..

penat ni..

sila layan video clip ni..sangat terharu kalu ada orang wat macam tu kat aku..mau pengsan tak bangun-bangun..


wow..sangat manis..

*pengsan*

Tuesday, December 6, 2011


Mmmm ada benarnya..tu sebab kitorang slalu gado :(

I prefer cakap terus dalam fon..baru leh dengar suara dan intonasi yang betul..hehe..

Mana Tarikh Anda??

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1


Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2


Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3 


Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4


 Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5


 Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6 


Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7


 Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8


 Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9


no.1 —- Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.


no.2 —- Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.


no.3 —- Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.


no.4 —- Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.


no.5 —- Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9


no.6 —- Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.


no.7 —- Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2. 


no.8 —- Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4. 


no.9 —- Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Popular Posts